Monday, December 12, 2011

......sahabat....

persahabatan adalah hidup
ia mengalir di darah ku
bergetar di nadi ku
berirama dengan tiap detik jantung ku.

persahabatan adalah kukuh
seteguh batu karang 
seperti tembok china
meskipun raga tumbang
ia akn selalu tegak dalam dada yang memendam,

sahabatku
setiap langkah yang kau jejakkan 
pada jalan-jalan takdir yang menggurat di telapak kaki
untuk kita bersama di detik2 dugaan melanda
dan untuk semua keindahan kehidupan ini,

persahabatan adalah nyanyian
ia mengaun dalam setiap hembusan nafasku,,,,

Monday, November 28, 2011

perasan cemburu itu terlalu indah

Kadang-kadang aqu ada lihat-lihat pasangan couple bergaduh tp itu orang kata biAsalah kan gaduh-gaduh sayang katanye,,,,,TAPI korang pernah terfikir tak kenapa hubungan persahabatan boleh retak seribu << bukan tajuk lagu ker,,huhuhuu>>> AND THEN klu suami isteri bertengkar macam ane lak??? Bak kata A.P.Ramlee (pnyyi ) lagi kan lidah lagi tergigit apatah lagi suami isteri kan,,huhuh



bagaimanakah nak kawal perasan cemburu tu ye.....<<:)??>>
Setakat ane kah perasan itu perlu ada ye ....!!!!! punca cemburu??? sebab kita ada kasih dan cinta kepada someone kan,,,Cinta itu membuahkan rasa cemburu (ghairah) DAN Cemburu itu terhadap agama adalah wajid hukumnya  !!!


Sabda Rasulullah S.A.W :"Sesungguhnya kemarahan itu dari syaitan dan syaitan itu dicipta dari api,dan api itu hanya boleh dipadamkan dengan air,Maka apabila sesorang di antara kamu marah,hendaklah dia berwuduk." (HR Abu Daud).  


Cinta membuahkan cemburu maka cemburu melahirkan kemarahan, Tidak semua cinta itu dilarang dan dibenarkan,,,,,Yang pasti kemarahan dan cemburu itu kurang ada faedahnya,,,TIada cemburu,tiadalah cinta,,,DAN orang yang tiada sifat marah @ cemburu langsung ibaratkan seperto keldai,,,tapi oarang yang pemarah adalah orang yang membenarkan syaitan menguasai dirinya........


Sematkanlah cinta ,cemburu dan perasan marah pada tempatnye,,,setiap insan wajar bersikap cemburu asalkan ada landasan, bertempat, dan bersederhana,,,Jika tidak sesebuah perhubungan yang terjalin akan retak atau berantakan.


Sabda Rasulullah s.a.w.:"BUkan orang yang gagah perkasa itu orang yang pandai bergusti, tapi orang yang gagah itu adalah orang yang pandai menguasai diri ketika marah." (HR Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah)




Rasulullah s.a.w pernah menganjurkan doa kepada Aisyah r.a. " Ya Allah. ampuilah dosaku, hilangkanlah kemarahan hatiku & lindungilah aku dari syaitan." (HR Ibnu Sunni)


Rasullah s.a.w juga menganjurkan agar orang yang  sedang marah berwuduk (HR Abu Daud)


......WaLLhu A'aLam....=))


bile dh lame Xactive

aqu rse dh lame aqu x active blog ni,,,,klu on9 asyk buka Fb and Tagged jer,mklumlah lh kn blog ni kne adbyk idea utk mghsilkn something karya kn,,lain lah kn Fb @ tagged ad rmai frenz leh main2 chat,n post tu post ni kn,,huhuh


mmandangkan dh lame aqu x active@ xshare something kt blog ni kn,,so ari ni dtg ilham yg x d'undang dtg myapa kt otak aqu,,kkik nk tau xpe pe dio tu??? xdelh y special pon kn,,juzt nk share psal umh swe aqu kt Jengka yang penuh khazanah alam smula jadi..

umh swe aqu tu xde lh bser pon kn,,tp blh dikatakn mhal lh kn,,aqu rse lbh mhal di kt KL kot,,byangkan umh kos rndah jd smhal umh bngol tau...umah swe aqu xde pe2 pon ,byk kkurangan kt umh tu tp bkn slh umh kn,,juz mgkin slh mngment dia kot,,,<<pe2 jerlh kn>>

kat umh swe tu aqu dduk 8org ,ad 3blk,1 blk air,......so brg2 sorg bkn skit kn mklum lh dak ppuan lk duk,,klu dak laki juz ad pkaian n brg2 kperluan y pnting jer kn,,,huhuhu    facilities dia pon krang lh.tp kitorag still bsykur dgn pe y ada tau, first2 lu lom msuk umh diia kta nk kaci peti ais, msn basuh,dapur,ampaian, n Tv tau,,,,tp bile dh kitorg msuk umh tu..brp2 mggu pas tu bru dpt msn bsuh,peti ais n dapur jer,,,


keadaan dpur umh swe aqu

smua bnda ad kt dpur ni,,,


bwh dpur gas pon ad brg2 ag,,ish2...

ni lak rak simpan pinggan


,klu dh mls mcm ni lh rupa sink umh aqu huhuh

slh 1 blk dlm umh 

stu2nye knderaan y ad utk kmdahan kitorg


hny sluas ni ruang stdy

dsbabkan tlalu kasut,hnya skcil rak ksut ad tu xckup huhu
byk sgt ksut sorg2 
lelong2 sape nk beli ksut huhuhu klu org curi kasut2 ni leh wat duit tauy,,mklumlh byk sgtksut kn,,kikikiki
setelah brp lame kmi mntk ampaian ari ni bru dia kc (stlh 3.5 bln) ,btapa lmenye kami jemur pkaian dlm umh tau,,,dah lah peti ais rosak pon diia xambk baiki ag tau,,,btapa seksanye kitorg nk beli2 brg dapur,,tpksalh ltk brg2 basah kt open air jer,,,,abs kecut syur2,,,ikn n aym lak,,tpksa kmi rebus lu sruh thn lame,,huuh dh tv yg dijnjikn 2 xde smpai skrg,,,,
seksa lh hidup mcm ni kn,,huhuh aqu juz nk share ni suka2 jer,,,,

Monday, November 21, 2011

tanda_tanda lelaki sukakan wanita



Pernahkah anda merasai perasaan ini, anda meminati seseorang dalam diam. Hati anda ingin mendekatinya namun malu. Asal dapat memandang dari jauh sudah memadai. Tentu ada di kalangan kita pernah merasai perasaan ini tetapi bagaimana pula pihak satu lagi, adakah dia juga meminati anda? Cuba lihat artikel di bawah.


1. Memerhati Dalam Diam
Perasaan untuk mengenali seseorang sudah pasti wujud dalam diri lelaki mahu pun wanita. Kadang-kala perasaan ini datang dan pergi dengan sendirinya. Kebiasaannya, hal memerhatikan di dalam diam ini membawa kepada dua perkara, dia berani atau tidak menegur anda dan adakah hubungan ini dapat diteruskan atau tidak. Semuanya bergantung kepada keberaniannya.


2. Mula Menegur
Ini adalah langkah pertama dalam perkenalan bila seseorang itu berani menegur. Mungkin tegurannya nampak remeh dan anda berasa sedikit pelik, tetapi itulah cubaan untuk mengenali. Bagi anda yang diminati, anda mungkin boleh menjawab pertanyaannya dengan bersahaja, berbual dengan teruja dan sebagainya bergantung kepada sejauh mana anda mahu mengenalinya. Namun awas, jangan sesekali berkasar jika dia bertanya dengan lembut kerana menyakiti hati seseorang bermakna anda cuba mencari musuh dengannya. Kadang-kala bila hati sakit, macam-macam boleh terjadi.


3. Sentiasa Ingin Dekat
Biasanya, bila kita meminati seseorang, kita akan sentiasa cuba mendekatinya malah ada yang berani mengekori ke mana saja kita pergi. Perasaan ini sebenarnya normal kerana mahu memastikan orang yang diminatinya berada dalam keadaan selamat. Bagi anda pula, janganlah berasa pelik jika didekati atau diekori dalam diam. Namun dalam masa yang sama, anda harus berwaspada kerana kita tidak mengetahui niat seseorang. Adalah lebih baik anda berhati-hati dalam menangani hal ini.


4. Mengajak Keluar
Ini adalah langkah seterusnya bila anda meminati seseorang. Selain sikap ingin tahu yang mendalam, anda juga tentu mahu mengenalinya dengan lebih rapat. Tentu saja anda mahu mengajaknya keluar sambil bertukar-tukar cerita. Di sini anda perlu lebih berhati-hati. Bermacam-macam perkara buruk boleh berlaku apatah lagi si dia baru dikenali. Sebaiknya jika ingin keluar ambil pendekatan keluar ke tempat ramai orang dan jangan sesekali bersetuju mengikutnya balik ke rumah.


5. Sering Menelefon
Lumrah hati, apabila kita menyenangi seseorang biasanya kita ingin terus dekat kepadanya. Lantaran itu kita akan berusaha mendapatkan nombor telefonnya dan mahu berbual dengannya. Bila hati sudah suka, apa pun sanggup dilalui termasuklah bil telefon yang melambung tinggi.


6. Memilih Untuk Berkahwin
Tidak semua perkenalan diakhiri dengan perkahwinan jika anda tidak serius tentang hubungan ini. Ada sesetengahnya menyukai seseorang itu hanya sebagai kawan sahaja dan ada yang serius hingga ke jinjang pelamin. Bagi anda, pilihan itu ada di tangan sendiri. Jika betul dia jodoh, terimalah atau jika tidak, bersedia jugalah menerimanya

Sunday, November 20, 2011

Jodoh di taNgan ILLaHi

Sebagai orang beriman, salah satu hal yang harus kita yakini bahwa hanya Allah swt yang menentukan jodoh kita. Bahwa kita dilahirkan bersamaan dengan ketetapan jodoh yang terbaik menurut Allah swt. Di dalam doa-doa kita, khususnya bagi yang belum menikah, selalu terungkap doa agar Allah swt menyegerakan jodoh di dunia yang fana ini. Lalu bagaimana jika jodoh tak kunjung tiba? Padahal hampir setiap saat, kita selalu memintanya kepada Allah swt, Sang Maha Kaya dan Pencipta segala sesuatu. Tapi mengapa jodoh tetap tak kunjung datang?
Kalau sudah begini, jangan pernah sekalipun terlintas dalam pikiran kita, untuk berprasangka buruk kepada Allah swt. Na’udzubillah min dzaalik. Justru, kita harus instropeksi pada diri sendiri. Sudahkah kita melakukan ikhtiar untuk menjemput jodoh yang sesuai dengan cara-cara Rasulullah saw? Berikut beberapa nasehat tentang jodoh yang tak kunjung tiba dari Ust. Ihsan Hakim
1. Niat yang Baik
Niat yang baik maksudnya jika hendak melakukan sesuatu, tidak cukup hanya sekedar niat. Tetapi harus diikuti dengan langkah-langkah atau perbuatan yang akan mewujudkan niat tersebut. Jadi, kalau memang kita ingin menjemput jodoh, maka lakukanlah perbuatan-perbuatan yang berkaitan dengan hal itu. Salah satunya, mencari ilmu tentang jodoh atau misalnya menabung untuk biaya pernikahan.
2. Mengubah Pemahaman
Selama ini ikhwan memiliki hasrat untuk menjemput jodoh. Bagaimana kalau jodoh yang mencari ikhwan? Begitu juga dengan akhwat, yang memiliki kecenderungan menunggu jodoh. Ternyata tidak ada salahnya kalau akhwat berinisiatif menjemput jodoh. Ikhwan yang ingin jodoh menjemput dirinya, maka harus melakukan perbaikan diri, seperti meningkatkan keilmuan dan keshalihan. Begitu juga dengan akhwat yang ingin menjemput jodoh. Salah satunya adalah menabung. Karena jaman sekarang tidak hanya ikhwan yang wajib menanggung beban biaya pernikahan. Tapi akhwat juga punya tanggung jawab. Kita tahu bagaimana, Siti Khadijah yang tertarik lebih dulu kepada Muhammad. Waktu itu beliau belum mendapat tugas kerasulan. Tapi karena keluhuran akhlaknya, maka Khadijah pun ingin menjadikan Muhammad sebagai suaminya. Soal biaya, jelas Khadijah mampu karena dia seorang janda yang kaya raya. Kondisi sekarang, ikhwan banyak yang sudah siap secara fisik dan keilmuan, tapi dana belum mencukupi. Karena itu tidak ada salahnya kalau akhwat juga menabung dan turut menanggung biaya pernikahan.
3. Meminta bantuan orangtua, keluarga atau orang lain.
Selama ini orangtua selalu menanyakan kapan kita akan menikah. Sekarang kita balik dengan meminta orangtua untuk mencarikan jodoh buat kita. Bisa juga meminta bantuan saudara, atau teman. Tentunya mereka yang dimintai bantuan sudah paham dengan kriteria jodoh yang kita inginkan. Atau, kita membantu orang lain untuk menjemput jodoh. Karena ada hadits yang menyatakan, muslim yang baik adalah yang bermanfaat bagi muslim lainnya. Insya Allah dengan banyak membantu orang lain untuk menjemput jodohnya, maka Allah swt akan menyegerakan bertemu dengan jodoh kita.
4. Berdoa
Kalau selama ini kita sering berdoa untuk kebaikan diri sendiri, maka cobalah untuk mendoakan orang lain. Doakan orang lain agar dimudahkan untuk menjemput jodohnya. Karena jika seseorang mendoakan orang lain, yang orang tersebut tidak mengetahui kalau dirinya didoakan, maka para malaikat akan mendoakan hal yang sama untuk orang yang mendoakan.
5. Tawakal
Serahkan segalanya kepada Allah swt. Tawakal itu harus berkhusnuzhon kepada Allah swt. Ada dua kehendak Allah yang harus kita yakini. Kehendak qauniyah dan syar’i. Pada dasarnya, Allah swt menghendaki kita menikah. Karena menikah merupakan perbuatan baik. Tidak mungkin Allah menjerumuskan kita kepada hal-hal yang tidak baik. Tapi kehendak qauniyah kita sendiri membuat kita malas, tidak membuka diri, ada yang datang tapi kita menolak. Inilah kehendak qauniyah kita.
Ketika kita sudah sangat berhati-hati menaiki atap rumah namun akhirnya terjatuh juga, maka ini adalah kehendak syar’i Allah swt. Tapi ketika kita tidak berhati-hati lalu terjatuh, ini adalah kehendak qauniyah.
Kaitannya dengan menikah, kita sudah meniatkan untuk itu dan merasa sudah tawakal kepada Allah swt. Tapi ternyata, kita lebih sering tidak khusnuzhon kepada Allah swt. Padahal Allah swt selalu menginginkan segala kebaikan kepada kita. Hanya kita tidak menyikapi kebaikan Allah swt itu dengan baik.
6. Amalan
Puasa sunnah. Tapi jangan niat puasa sunnah untuk menjemput jodoh. Tetap niatkan untuk beribadah kepada Alah. 
Sholat tahajjud dan banyak berdoa kepada Allah swt. Dibolehkan menyebutkan amalan-amalan yang sudah dilakukan dalam doa kita. Misal, Ya Allah semoga amal puasa yang sudah hamba lakukan, dapat menyegerakan jodoh yang terbaik menurut Engkau. Banyak Istighfar. Banyak berinfaq. Dan jangan pernah berputus asa. “Dan apabila Kami berikan kesenangan kepada manusia niscaya berpalinglah dia; dan membelakang dengan sikap yang sombong; dan apabila Dia ditimpa kesusahan niscaya dia berputus asa". (Qs. al-Israa:83)
Karena berputus asa akan membuat kita terputus dari rahmat Allah swt. Putus asa sering dipicu karena kita memiliki sedikit saja prasangka buruk kepada Allah swt. Misalnya, seorang akhwat sudah merasa Allah swt menjadikan dia perawan tua, karena hingga usia yang sudah cukup matang, jodoh masih tak kunjung tiba. Maka Allah pun menjadikannya seperti itu. Namun jika dia optimis, Allah swt pasti akan menolongnya.
Jadi intinya bagaimana kita menyikapi jodoh yang tak kunjung tiba adalah jangan pernah sedikit pun kita berprasangka buruk kepada Allah swt. Dalam hadits qudsi Allah swt berfirman, “Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku”. [HR Muslim 4849

Monday, October 31, 2011

dari hati ku


ku syairkan segala tentangmu
ku indahi bulan diwajah tersiratmu
ku halusi setiap sentuhan batinmu
dan ku rasai hatimu
maka hadirlah disetiap lelapku
syurgailah waktu hari2ku
warnailah zahirku dengan setiamu
agar ku tahu nikmatnya memilikimu

disaat aku melukis bicara
dikala waktu mengundang asmara
rebahkan hasrat menanti senja
apa lagi makna sejuta kata2

ku tulis setia di tembok penjara
melukis kata disisik mutiara
alunan tasik merdu bersuara
ingat ku kata engkaulah setia

ku luluhkan jiwa diranting kecewa.
mengharap pasti akarnya cinta
sampaikanlah emosi sang terluka
harap tercapai andai aku dah tiada..

renungan malam menunggu bintang
seruan waktu teruskan bersabar
apakan daya hati dah setia
ku simpulnya mati akhir terlerai

Tuesday, October 11, 2011

DI MANA LETAKNYA KEHENSEMAN SEORANG LELAKI dan KECANTIKAN SEORANG WANITA ????

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-


1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang baik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.


Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang
Ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki...


Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada
pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Tuesday, October 4, 2011

kau yang terindah


dalam relung hatiku
aku selalu terbuai karenamu
dalam asa yang telah mati
kadang aku terbangun karenamu
dalam setiap lamunan hidupku
kaulah objek segalanya untuku

adakah secercah harapan untuku
untuk bisa bersamamu
karena kaulah yang terindah

Monday, September 5, 2011

jodoh

bile ada orang tanya aku pasal jodah kan ,aku mula gelabah kerna aku still kesorangan ,,,,,macam ane tak gelabah kawan-kawan satu sekolah dulu semua dh tempuh fasa yang ke-2 dan ad yang dah fasa ke-4 dh,,tapi aku ni fasa pertama lom ag,,,,tapi pe tu fasa ke2 dan fasa ke4 ?????? lupe aku nk terangkan tadi huhuh sory k.....

fasa-fasa y ad dlm hidup kita smasa di alam remaja n dewasa :
1. bercinta
2.bertunang
3,berkahwin
4.bertambah lh ahli keluarga (baby)

entah lh ,bila ku bagutahu y aku still single org tak caya tapi tu lh hakikatnye tentang diriku ni....kadang-kadang adalah boy nasihat kan aku,,,,hai sekarang lom ad boy ag ker??? jangan kau jadi andatul dah lah,,,tapi aku tak kisah sangat lah kerna aku percaya akan jodoh y ditentukan oleh Illah untuk hambaNya...setiap benda@ pe2 ciptaanNya tu berpasangan   cuma cepat atau lambat jer kn,,,,mungkin y dah kahwin sekarang ni mcm kawan2 aku tu, mybe Tuhan dah tunjuk jodoh diorang kn,,,dan mungkin sape2 macam aku ni y xde pasangan ag mungkin Dia sedang menguji kita n mybe Dia nak bagi jodoh terbaik untuk kita kn,,,so sape2 y still kesorangan jangan gelabah n sedih lh kn,,,,pecaya lh akan takdir dari NYa k,,,,

dalam mencari jodoh,ape yanga kita cari
takkan cari yag hodoh, yang tiada seri
takkan lah nak yang bodah, takde pe yang reti
dalam mencari jodoh,tentu nak bidadari

pasangan hidup biarlah cantik di mata 
gandingan hidup biarlah cantik rupa
namun ingatlah kita.nabi bersabda
walau berkilat hitamnya, ada agama
ape nak dikata ,jika hodoh jodoh kita
ape nak dikata .jika bodoh jodoh kita
katakan saja itu jodoh kita 
hodoh atau bodoh ,asal beragama

jodoh itu Tuhan tentukan
hodoh itu pada pandangan
bodoh itu kekurangan
hodoh atau bodoh yang penting 
kebahagiaan

hodoh......tak mahulah
bodoh....elakkanlah
bidadari.....yang dicari
semua dah ditentukan dari azali

semua tu yang aku sematkan dalam jiwa ku,,,,,jodoh hak Dia,
Dia yang tentukan untuk kita semua



Saturday, August 13, 2011

kek coklat cinta



Bahan-bahan ( size loyang 18cm )
·         1 cawan tepung gandum
·         1/4 cwn serbuk koko van houten
·         1 sudu kecil baking powder
·         1 kotak susu coklat (250ml)
·         2 biji telur (size M)
·         1 cawan gula halus
·         1/2 cawan butter
·         3 sudu besar susu pekat
·         1/4 cawan minyak masak n esen vanilla

TOPPING
·         3-5 sudu besar susu pekat
·         1/4 cawan serbuk koko van houten
·         2 sudu besar butter
·         2 sudu besar susu segar
Cara-cara
1.    Pukul telur,gula dan butter sampai kembang.Kemudian titiskan esen vanila. n pukul lg.
2.    Ayak tepung,serbuk koko dan baking powder.
3.    Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur.Kaup balikkan.
4.    Masukkan susu kotak,susu pekat,minyak dan gaul sebati.
5.    Masukkan dlm loyang yg telah dilengser minyak/marjerin. Tutup dengan aluminium foil..Then kukus 45min...Dah masak sejukkan.
6.    Utk topping...campurkan semua bhn dan masak secara double boiler. Then bleh la curahkan kat atas kek yg dh sejuk td.. Hiaslah apa suka...Pastu simpan dlm peti sejuk beberapa jam sebelum dipotong. Taraa...dh siap...bleh la makan....
7.    SeLaMat MeNcUbe....

Saturday, June 18, 2011

ada suka ada duka
ada sayang ada benci
ada cinta ada musuh
ada bintang ada bulan
ada awan ada matahari
ada bumi ada langit
segalanye berpasangan
so sape2 yang tak de pasangan agi
jangan risau,nt pasti ada yang menanti
cme xpasti antara cepat atau lambat jer
yang pasti kite kena sabar jer lh kn,,,

note : bukan shj utk sape2 y xde psangan tp ia jga utk sape2 jer k....kasih syg tlalu brharga,,so hargai lh ia dgn sbaik2nye selagi nyawa dikandung badan.....luv u all 

Saturday, April 16, 2011

andainya lelaki tahu akan seorang perempuan !!!

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andain lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.
benar..jodoh itu ketentuan TUHAN..tapi kita akan ada terma merisik..??salah ke merisik..??x salah bahkan dianjurkan supaya x tersalah pilih..hmm.. 


untuk adam.. andai mahu mencari hawa.. 
  1. jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..
   2. jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami.
   3. jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..


untuk hawa.. andai mahu menerima cinta adam..
   1. jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..
   2. jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..
   3. jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..


   lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu..sebelum ini..wanita berhijab itu sesungguhnya mmg mulia zahir batinnya..tetapi hari ini..mereka yang bertudung barangkali hanya utk menyembunyikan kelemahan diri..begitulah juga sang lelaki..kadang-kala berkopiah..dari mata nampak sungguh alim..tetapi dlm hatinya..??siapa yang tahu..
 sekadar renungan bersama..^^

Thursday, March 24, 2011

pic suka2 jer

eemmmm,,,,comel dak pic ni bila di edik kn,huhuh :>
ni dlm car kn,,mse pi penang dlu,,huhu so sweet kwn2 ku tu kn,,

nilh kwn sladang ku,,,,hppy je time ambk pic,,,

ni lak time pi tanam prtanian malaysai kt selongar lu2,,,

ni pic dr tel muniq,,tgk kwn2 ku ayu jer mua kn,,huhu

ni kt telaga,smua possing giler..huhu muah

time nk blik perlis slps 3ari kt lgkwi...sweet momery !!

classmate ku..!!!

possing sokmo lh,,,

best giler pi penang,,!! (@_@)