Sunday, February 27, 2011

kahwin muda !!!

BUKTI semakin ramai remaja terbabit dalam hubungan seks pada usia sangat muda terbentang jelas di depan mata. Ada saja laporan mengenai remaja ditangkap khalwat, lari mengikut teman lelaki hingga melepasi sempadan negara, hamil luar nikah, pembuangan dan pembunuhan bayi disiarkan di media.

Itu belum masuk bab kakitangan pembersihan majlis perbandaran yang menggeleng kepala apabila menemui banyak kondom terpakai setiap kali selesai sambutan besar-besaran perayaan tertentu atau wujudnya kelompok remaja membeli pil perancang keluarga untuk mencegah kehamilan jangka pendek. 

Apabila hubungan terlarang ini membuahkan hasil, ibu bapa mula menggelabah dan mengambil keputusan nekad sama ada segera mengahwinkan anak, menghantar anak ke rumah perlindungan remaja atau memaksa anak menggugurkan kandungan untuk menutup malu dan menjaga air muka.


Persoalannya, tidak mengapakah jika remaja terlalu awal mengadakan hubungan seks atau kahwin pada usia sangat muda (bawah umur — bawah 16 tahun bagi perempuan dan 18 tahun bagi lelaki)?

Perkahwinan bawah umur bukan saja memberi kesan kepada kesihatan reproduktif dan seksual, malah turut menjejaskan kesejahteraan mental, emosi, sosial dan spiritual remaja.

Menurut Perunding Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj, kesan perkahwinan di bawah umur lebih dirasai remaja perempuan berbanding lelaki kerana mereka akan melalui proses kehamilan dan melahirkan anak.


Kajian Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) mendapati, remaja Malaysia kini mencapai umur baligh lebih cepat iaitu antara sembilan hingga 13.5 tahun bagi perempuan dan 9.5 hingga 14 tahun bagi lelaki.


Ketika inilah berlaku pelbagai perubahan hormon yang dikaitkan dengan perlakuan tidak senonoh seperti terbabit dalam aktiviti seks, penyalahgunaan dadah mahupun alkohol.


“Kebanyakan remaja yang berkahwin bawah umur atau terbabit dalam aktiviti seks pada usia sangat muda mempunyai tahap pendidikan rendah. Maknanya mereka juga kurang mendapat maklumat dan pengetahuan mengenai penjagaan kesihatan diperlukan.


“Remaja berkahwin awal akan hamil pada usia muda dan berdepan banyak komplikasi serta masalah kesihatan sepanjang kehamilan, ketika melahirkan anak dan selepasnya. Ini sebabnya kehamilan di kalangan remaja dianggap kehamilan berisiko tinggi.


“Kadar kematian ibu dan bayi juga meningkat di kalangan remaja. Ia bukan disebabkan komplikasi ketika proses kehamilan dan kelahiran saja, faktor persekitaran juga menyukarkan mereka mendapatkan kemudahan dan penjagaan kesihatan secukupnya,” katanya Seminar Kebangsaan Undang-undang Keluarga Islam Nikah Bawah Umur: Patut atau Tidak anjuran Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Kebanyakan remaja tidak mendapat nasihat tepat mengenai kaedah pencegahan kehamilan dan perancangan keluarga serta sukar membeli ubat diperlukan untuk pencegahan kehamilan. Bahkan, masih ada yang percaya pada mitos turun-temurun untuk mengelak kehamilan seperti makan makanan yang ‘tajam’, melompat-lompat dan mencuci kemaluan selepas mengadakan hubungan seks atau melakukan seks ketika haid, sedangkan ia terbukti tidak berkesan.


Walaupun ada keinginan terhadap seks, pengetahuan kebanyakan remaja mengenai fisiologi dan kesihatan reproduktif sangat rendah. Ini menyebabkan mereka terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan dan antara komplikasi yang berkait rapat dengan kehamilan pada usia remaja ialah:



  • Tekanan darah tinggi ketika mengandung (praeklampsia dan eklampsia — iaitu berlaku keadaan serius akibat tekanan darah tinggi pada hujung kehamilan atau sejurus selepas melahirkan anak; seluruh tubuh mengalami konvulsi dan pesakit akhirnya koma).


  • Kelahiran pramatang.


  • Kurang berat badan dan tidak cukup zat — kurang memberi perhatian kepada aspek pemakanan juga antara perkara biasa yang berlaku di kalangan remaja hamil dan ini boleh menyebabkan masalah kekurangan zat dan pucat.


  • Pucat — akibat pemakanan tidak teratur atau tidak cukup.


  • Tidak mendapat pemeriksaan antenatal sewajarnya — masalah ini biasanya dihadapi remaja yang hamil di luar perkahwinan.


  • Pengguguran — ia boleh mengancam nyawa ibu jika pengguguran dilakukan oleh orang tidak bertauliah atau dengan cara tidak selamat.


  • Kematian ibu dan bayi — kematian berkaitan kehamilan adalah punca utama kehilangan nyawa di kalangan remaja 15 hingga 19 tahun (sama ada berkahwin atau tidak). Ibu remaja berdepan risiko 20 hingga 200 kali ganda meninggal dunia berbanding wanita dalam lingkungan umur 20 hingga 24 tahun. Kematian bayi yang dilahirkan ibu remaja juga dua kali lebih tinggi berbanding ibu dewasa.


  • Kehamilan yang terlalu kerap — ini kerana mereka tidak tahu kaedah pencegahan kehamilan atau perancangan keluarga yang berkesan.


  • Jangkitan penyakit kelamin — risiko lebih tinggi jika remaja mempunyai ramai pasangan.

    Pensyarah Jabatan Psikologi Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Madya Dr Hariyati Shahrima Abdul Majid berkata, perkahwinan bawah umur juga boleh memberi kesan kepada kesihatan mental, emosi, sosial dan kerohanian remaja.

    Sehingga kini dianggarkan 16,000 remaja perempuan di bawah umur 15 tahun di negara ini mendirikan rumah tangga dan kajian menunjukkan remaja yang berkahwin sebelum umur 18 tahun kehilangan empat tahun persekolahan berbanding orang yang berkahwin lebih lewat.

    “Alam persekolahan bukan sekadar tempat menimba ilmu pelajaran, di situlah berlakunya perkembangan personaliti, persediaan melangkah ke alam dewasa yang secara tidak langsung menyumbang kepada kesejahteraan keluarga dan masyarakat serta kemampuan menjana ekonomi keluarga.

    “Anak daripada ibu yang kurang berilmu mempunyai kecenderungan mengulangi corak hidup sama seperti ibu mereka. Remaja perempuan yang kahwin awal juga kerap berdepan isu ditinggalkan sama ada perceraian atau perpisahan.

    “Di Jawa, didapati remaja perempuan yang kahwin awal berisiko tiga kali lebih tinggi untuk diceraikan berbanding mereka yang berkahwin lebih lewat,” katanya.

    Menurutnya, antara kesan perkahwinan bawah umur (dan hubungan seks terlalu awal) yang lain ialah:


  • Keciciran sekolah — Kajian juga mendapati remaja perempuan yang aktif melakukan hubungan seks lebih cepat baligh, kurang minat bersekolah dan mula berpacaran pada usia muda.


  • Perkembangan kemahiran menjaga kehormatan diri terjejas — kebanyakan remaja tidak tahu bagaimana hendak menolak pelawaan mengadakan hubungan seks, tiada kemahiran menyelesaikan masalah dan belum bijak membuat keputusan.

    Dr Hariyati berkata, meskipun sudah baligh, pemikiran remaja belum sampai ke tahap yang membolehkan mereka mengawal emosi, mampu menangani cabaran sebagai suami, isteri atau ibu bapa. Bagi remaja perempuan, mereka mungkin masih belum bersedia menjadi ibu kerana mereka sendiri masih mentah.

    Berdasarkan kajian otak yang dijalankan Institut Kesihatan Mental Kebangsaan pada 2000, bagi kebanyakan orang didapati bahagian otak yang terbabit dalam kewarasan alasan, pemikiran logikal, penyelesaian masalah, membuat keputusan dan kawalan emosi belum berkembang sepenuhnya hinggalah mereka berumur 20 tahun.





  • Tekanan — Dalam usia sangat muda, remaja terpaksa berdepan realiti kehidupan, iaitu bukan saja memikul tanggungjawab sebagai suami/ isteri dan bapa/ ibu, bahkan mereka memerlukan kemahiran membuat keputusan, penyelesaian masalah yang berkesan, pengurusan kewangan dan emosi serta keupayaan berkomunikasi dengan baik.





  • Risiko anak terabai — Masalah penjagaan anak selalu menjadi isu yang mendesak, terutama jika pasangan remaja ini perlu bekerja untuk menyara kehidupan. Oleh kerana tidak mempunyai kelulusan (pelajaran), peluang mendapatkan pekerjaan baik juga terbatas, malah gabungan pendapatan suami dan isteri mungkin masih tidak mencukupi bagi perbelanjaan mereka sebulan.

    Untuk mengatasi masalah ini, ramai akan bekerja lebih masa atau mencari pekerjaan sampingan. Akibatnya, anak pasangan remaja berisiko mengalami pengabaian, keciciran dan kekurangan zat pemakanan


  • Kerap bertengkar dan kemungkinan bercerai — Kesukaran hidup antara faktor utama yang membuat ramai orang tertekan. Kekasaran dan keganasan dilaporkan sering berlaku apabila pasangan muda tertekan dan bertengkar. Jika ia kerap berlaku, perkahwinan mungkin tidak dapat bertahan lama.





  • Penganiayaan — Ini termasuk isteri diabaikan dan ditinggalkan sendirian selepas bersalin, bayi tidak dibawa ke klinik untuk suntikan imunisasi. Ada juga kes suami menjual bayi yang baru dilahirkan untuk mendapat wang.

    Bagi remaja hamil luar nikah, kesannya lebih besar kerana mereka kurang mendapat sokongan keluarga. Perkara ini mendorong sesetengah remaja bertindak nekad membuang bayi sendiri untuk menutup malu; dan lebih teruk jika tidak mendapat bimbingan, ada kemungkinan mereka mengulangi kesilapan.
  • Saturday, February 26, 2011

    ~~.hantu kak limah balik kampung,,~~
    ahaha,,bg sesape y tgk cite Hantu Kak Limah Balik Rumah msti k0wg tau en dialog2 besh dlm cite uh,,hehe,,pe pn cite ni terbekk!!!asek gelak jep tgk dr awl smpy abes,,,agi2 ms tgk kt wyg o ngn fmly n kwn2,mmg hapenning l0rh,,pe pn part y salu dak2 ni ajuk adlh part si us0p tu,,keh3,,cthnye:

    `
    "epy besday 2 me,,epy besday 2 me,,"(smbil tgn cm penari kebudayaan) hahah~

    watak laki ni pn besh gak, die salu sebut: "sabo je lah,," wlw dlm pe keadaan pn even ngh ketakutan,,hehe~


    "kite bako je,kite bako je!!!sp stuju sile angkt tgn mcm saye,,"(smbil tgn cm penari kebudayaan,,)haha

    Sunday, February 20, 2011


    JANGANLAH BUAT ORANG YANG MENCINTAI KAMU KECEWA....................

    1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

    2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.


    3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu  merasa berat badan kamu sudah bertambah.

    4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

    5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam
    cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

    6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

    7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
    bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

    8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
    tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

    9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

    10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

    11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

    12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

    13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

    14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

    15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’


    16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

    17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

    18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

    19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

    20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
    dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

    21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

    22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

    23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

    Saturday, February 19, 2011

    bila aku teringat akn diri mu akan akn dgr lagu ni..lagu y xpunya pe2 tapi ckup bermakna utk aku...aku dpt mrasakan akn dri mu ad dsisi ku disaat aku perlukan mu...sayang,ketahui lah yg aku sgt myyangi mu spenuh ku..walaupun kadang2 ku mrsakan dri ku ni xdpedulikan oleh mu sayang,,,,,andai kau adalah insan y di utuskan o Nya utk dri ku,,ku bdoa kita akn brsatu suatu ari nt,,insyaAllah andai jodoh itu milik kita..andai itu bkn milik kita,ku bdoa agar Nya pisahkan kita dgn sbaik2 perpisahan,,agar xde y terluka n mrana akan perpisahan tsebut......

    Tuesday, February 15, 2011

    sorg mamat dtg dkat Lyn & dia ad bgth ,mcm ni bunyinye,,,"kite sbnrnya lbh hppy mymbut 1 Jan drpdn....Kita jgk Sbnarnye lbh tau pe tu 14FEB drpd 12 Rbiulawal...Kite suka lepak,tgk TV drpd Solat..KIte suka myambut HELLO & HAI drpd Assalamuilaikum....."


    Lyn pon tfikir sejenak,,,,,btl jgk kta2 mamat ni.......
    rmai org xsdar kn itu y kita lalu kn dlm khidupan kita sharian kn....

    Monday, February 14, 2011

    Buruk Baik Kahwin Muda ?


    LISA DAN AZRI ASYIK MEMADU CINTA. MEREKA SUDAH SALING MENGENALI DARI BANGKU SEKOLAH LAGI DAN APABILA MASING-MASING DAPAT MEMASUKI KOLEJ, MEREKA BERIKRAR MAHU BERKAHWIN BILA TAMAT BELAJAR. PERASAAN CINTA YANG KUAT ANTARA KEDUA-DUANYA MEMBUATKAN MEREKA MAHU BERKAHWIN SEGERA.

    Masalahnya, usia mereka baru 19 tahun. Kedua ibu bapa kurang bersetuju tambahan pula usia masing-masing terlalu muda dan mereka masih lagi belajar dan perbelanjaan masih ditanggung oleh keluarga. Namun keduanya mendesak mahu berkahwin dan dalam masa yang sama, membuatkan kedua belah keluarga berbelah bahagi. Mengiyakan atau terus menghalang? Mungkin tip di bawah dapat membantu mengatasi masalah dihadapi.


    1. Kematangan
    Usia sering dikaitkan dengan kematangan hidup. Sama seperti pepatah “siapa dulu makan garam” yang mana ia dirujuk kepada orang tua yang mempunyai banyak pengalaman hidup. Ia samalah seperti mengharungi sebuah perkahwinan yang mana ia bukan sekadar satu percubaan dalam hidup. Ia juga bukan seperti anda gagal dalam SPM dan boleh mengulangi mengambil peperiksaan itu semula. Ia juga bukan seperti anda membuka perniagaan dan akhirnya anda terpaksa menutupnya kerana rugi. Perkahwinan bukan seperti itu. Apabila anda melangkah di dalamnya, anda harus menempuhi segala-galanya, pahit manis, suka duka dan apa-apa saja rintangan yang ada. Orang muda sering kali dikaitkan suka mengikut darah muda, suka melakukan tindakan terburu-buru termasuklah mungkin sesuka hati melafazkan cerai kalau hati tengah marah. Justeru itu ramai ibu bapa khususnya yang sudah melalui onak duri perkahwinan melihat kematangan perlu ada dalam diri sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

    2. Kekok dan kaku
    Usia 19 tahun adalah satu usia yang sangat muda. Ia berlainan sama sekali jika anda sudah memasuki usia 25 tahun dan ke atas. Apa yang boleh dilakukan oleh seorang anak muda pada usia 19 tahun berbanding pada usia 25 tahun? Sudah tentu ia berbeza terutama dari segi pemikiran, gaya hidup, kematangan dan sebagainya. Pada usia muda, seorang lelaki masih lagi kaku dan kekok untuk melaksanakan sebuah tanggungjawab apa tah lagi jika mereka memiliki anak kecil. Anda tentunya langsung tidak bersedia untuk bangun tengah malam untuk membuat susu anak atau menukar lampin bayi tatkala rakan seusia lena diulit mimpi indah.

    3. Kehidupan seharian
    Perkahwinan adalah penyatuan dua jiwa, lelaki dan wanita. Apabila anda selangkah memasuki frasa perkahwinan ini, anda perlu memahami yang mana keperluan dan yang mana kehendak. Keperluan adalah satu keperluan kehidupan di mana anda harus mengutamakannya dahulu berbanding kehendak diri anda. Ia samalah seperti anda harus membeli dahulu susu bayi berbanding anda mendahulukan kasut atau baju yang anda sukai. Justeru itu, kehidupan seharian anda sudah pasti jauh berubah. Anda perlu pulang awal ke rumah untuk makan bersama isteri di rumah, tidak boleh lagi melepak bersama kawan-kawan di luar dan sebagainya. Kalau anda bersedia untuk mengubah segala-galanya, anda mungkin boleh memikirkan baik dan buruknya kalau berkahwin pada usia muda.

    4. Berasa cepat bosan
    Suatu yang pasti, naluri muda pada diri anda tidak akan pernah habis. Bayangkan tatkala rakan seusia keluar dari universiti, mereka meraikannya bersama keluarga. Keluar mencari pekerjaan di syarikat yang bagus, tinggal di rumah bujang dan merasai nikmat mencuci baju sendiri. Tapi kalau anda berkahwin, semua itu akan dilakukan oleh pasangan yang mana satu ketika, dia juga berasa bosan perlu melakukan semua itu seorang diri dan lebih malang, anda tidak ringan tangan untuk membantu. Akhirnya, ia boleh menjadi punca pergaduhan di mana anda akan berasa sangat bosan mendengar isteri membebel dan bertindak keluar rumah. Akhirnya, perkahwinan mungkin tidak dapat diselamatkan.

    5. Soal wang ringgit
    Justeru sudah memasuki frasa perkahwinan, anda perlu mempunyai kewangan yang kukuh. Sampai bila anda harus meminta pada kedua orang tua tambahan pula kalau anda masih belajar. Sekurang-kurangnya anda perlu berdikari untuk memiliki wang sendiri, namun menjadi masalah kalau anda masih belajar dan tiada pekerjaan sesuai. Dewasa ini, orang yang memiliki ijazah sangat ramai dan mereka akan mengambil apa saja peluang yang ada di depan mata asalkan pekerjaan itu halal. Tapi bagaimana pula dengan anda yang masih belajar? Mungkin tidak ada majikan yang sanggup mengambil anda yang masih muda dan tiada ijazah. Banyak kes-kes perceraian yang dilaporkan di mahkamah akibat kewangan. Biasanya golongan muda masih memikirkan keseronokan dan juga tidak sempat menyimpan duit sendiri kerana belum bekerja. Justeru itu, inilah nilai yang harus anda bayar, sama ada berkahwin muda mahu pun belajar dahulu.

    6. Perubahan positif
    Tidak dinafikan, perkahwinan adalah satu ikatan suci. Apabila anda memilih untuk berkahwin, anda sudah mengikut sunnah Rasulullah SAW. Anda juga memilih untuk tidak terjerumus ke lembah maksiat yang boleh menghumban ke dalam neraka jika tidak bertaubat. Berkahwin muda atau matang, bukan satu ukuran jika anda sudah benar-benar bersedia menghadapinya. Bagi yang mahu merealisasikan impian ini, anda boleh menempuhnya. Buruk atau baik terpulang kepada anda tentang institusi perkahwinan ini.

    Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki? =)

    Wanita x semestinya mmerlukn lelaki,
     tetapi wanita dan lelaki saling mmerlukn,
    cinta itu anugerah. 
    Mengapa wanita mmerlukn lelaki di dlm hidupnya? 
    Bukankah lbh gmbire jln2 
    dihujung minggu brsama
     kwn rapat.
     Cinta x dtg dipaksa-paksa.
    Cinta x juga dtg kala kita 
    mahuknnya. 
    Jika kita mahukn ia menjadi air,
    ia dtg spt api.
    Tetapi, jika kita brsbr dan 
    menerima ketentuan Tuhan, 
    seorang lelaki yg baik akn didatangkn 
    kpd kita juga. 
    Lelaki yg baik itu x trun dr langit. 
    Tapi lelaki yg baik, jika tuhan mahukn
    dia menemani kita sepanjang hayat,
     membimbing kelakuan kita, menjaga 
    kemurnian kalbu brsama2,mndidik,
     mmbuka jln agar kita dpt memprdalam selok-belok agama,
    dan memberikn kita zuriat 
    yang halal lagi dirahmatiNya.

    Dia akan datang apabila tiba masanya.

    Lambat atau cepat, maafkan saya, 

    kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

    Kawan, kdatangn seorang lelaki dlm 
    kehidupn seorang wanita spt manusia 
    kudung yg diberikn semula sebelah 
    kakinya.Dia mnyempurnakn kita. 
    Namun, x kira semasyhuk mana
    sekalipn prkasihan dua jantina,
    selain prkara yg cantik2 dan molek2, 
    kita sbg wanita,harus bersedia mnerima 
    ujian2 dlm prhubungn.
    Ya, lelaki mmg mendatangkn bahagia. 
    Tetapi lelaki juga mndatangkn sengsara.
     Namun jika kita bijak menatangnya,
     semuanya pasti baik2 saja. 
    Itulah adat dlm prhubungn.
     Yg buruk2 pasti ada.

    Barangkali drpd si dia, barangkali juga
    drpd kita,tetapi kita harus cermat mngimbangkannya 
    agr jodoh 
    brkekaln ke hari tua.
     Semoga lelaki yg dipilih, melksanakn tanggungjwb dan 
    melunaskn hak suami isteri.
    Wanita, kita dicipta dgn kemuliaan
     syahadah.
    Krn benih seorang lelaki, 
    kita ini trsenyawa, dikurnia tenaga 
    sehingga kita mampu hidup 
    utk mlihat dunia.
    Krn benih seorang lelaki, kita ini 
    ditiupkn jiwa, mnjadi manusia, 
    dan mncari seorang lelaki utk dicintai, 

    sebgaimana ibu diilhamkn tuhan 
    utk brkasih sayang dgn bapa.
    Dan krn tuhan yg Maha Kuasa dan
    Maha Pencipta,kita wanita diciptakan
    drpd lengkungn rusuk kiri lelaki.
     Tetapi krn ciptaan tuhan itu indah,
    kita terbit drpd rusuk lelaki
    , bkn dkt kpala utk dijunjungi,
    bkn dkt bahu utk membebani,
     bkn dkt lengan utk dijulangi,
    bkn dkt jari utk disakiti, 
    bkn dkt pinggul utk dihendaki,
    bkn dkt lutut utk ditindihi,
     bkn dkt kaki utk ditunggangi,
    tetapi dkt pelusuk hati utk dimulia, 
    disayangi dan dicintai.
    Andai lelaki itu burung yg terbang, 
    kita adlh angin lmbut yg bersisir2an 
    sepnjng prjlanannya. Tetapi krn fitrah 
    kejdian tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkn kpd
    seorang lelaki yg blh melindungi,
    maka kita pn x selamanya mahu
    mnjadi angin semata2.
    Tetapi kita bahagia dlm dakapannya,
    semoga kita semua diketemukan 
    dgn jodoh yg baik. InsyaAllah..


    "Aku inginkan kau datang & temui aku,katakan kau mencintaiku kerna Allah.........."

    Saturday, February 12, 2011

    sesuatu perpisahan yg berlaku pasti ad hikmah disebaliknye,,,,,,so kite sbgai insan y xpunya pe2,perlu tabah & cekal dlm mnerima smua ketentuan Illahi.............
    percaya lh,,,andai sesuatu tu ditakdirkan utk kita ,pasti suatu ari nt ia ttp bersama kite smpai kapan pon,,,,,
    andai ssuatu itu bkn hak kita,ia ttp akn pergi jauh dri kita ,,walaupon ia sudah dlm tangan @ dlm pelukkan kita........

    perpisahan mgkn ad kbaikkan antara dua insan y bcinta,.dr ctu kita akn dpt rasa & tau sejauh mna kah ia myayangi & mcintai kita,,,,,,adakah spenuh hatinya @ sekadar 1 tmpat prsinggahan cinta mrka shj.......
    bercinta lh krna Illah,,pasti kita tidak tpeson dr lndasan agama  & adat kita,,,,,,,,,
    "Carilah CINTA yg datang dr Allah bkn dr Syaitan @  Nafsu"

    Kita dilahirkan sesuci kain putih,,,,,,, Secomel2 insan,,