Thursday, March 24, 2011

pic suka2 jer

eemmmm,,,,comel dak pic ni bila di edik kn,huhuh :>
ni dlm car kn,,mse pi penang dlu,,huhu so sweet kwn2 ku tu kn,,

nilh kwn sladang ku,,,,hppy je time ambk pic,,,

ni lak time pi tanam prtanian malaysai kt selongar lu2,,,

ni pic dr tel muniq,,tgk kwn2 ku ayu jer mua kn,,huhu

ni kt telaga,smua possing giler..huhu muah

time nk blik perlis slps 3ari kt lgkwi...sweet momery !!

classmate ku..!!!

possing sokmo lh,,,

best giler pi penang,,!! (@_@)

kaWaN....~~~luv u



1)   kawan tu bkn mcm main FUTSAL.
        Mula-mula kejar... dah dapat sepak...
2) kawan tu bkn mcm main SKATE .
      Mula-mula gosok.. . lepas tu pijak...
3) kawan tu bkn mcm main RAGBI.

      Mula-mula tangkap.. . dah dapat tendang.. .
4) kawan tu bknnya mcm PAMPERS .
       dah pakai,buang.. .

5) kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS .
        Waktu baru beli pakai. .. Dah sengkek gadai. ..
6) kawan tu bkn mcm PELANGI .
         Hari cerah takde.. . hujan gerimis baru muncul...
7) kawan tu bkn mcm KERETA .
         Rosak skit,jual. .. ambik kereta baru.. .
8) kawan tu bkn mcm CHIPSMORE .
      kejap ade kejap takde.. .
9) kawan tu bkn mcm BANK .

      Bila dah takde duit,pegi kat sana ambik. ...
10)lagi...kawan tu mcm ape ye????

Haa.. . kawan tu mcm AWAK LA . .
bila saya post msg ni, awak akan baca msg saya dgn teliti sampai
habis...dan tersenyum2...luv u



Walau ape pun tanggapan org tentang kawan...
bagi saya,kawan tu penting.
Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis,
sedih,berduka dan sebagainya.
Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan
berbincang tentang pelbagai perkara.

Sunday, March 20, 2011

MAWAR Di mata HATI Seorang WANITA


Mawar Di Mata HATI Seorang WANITA

Wanita sering digambarkan sebagai sekuntum mawar. Indah, cantik, beraneka warna, membuat indah dimana ia berada, dan menyenangkan bagi sesiapa pun yang melihatnya.

Ada kebanggaan tersendiri bagi kaum wanita bila dirinya diidentitikan dengan sekuntum mawar. Terasa romantis dan membuat perasaan melambung tinggi ketika mendengarnya.

Meneliti sebuah puisi yang disembahkan oleh Zurinah Hassan, mawar yang mempunyai kelopak-kelopak yang berwarna cantik dan berbau harum sudah pasti wangiannya akan semerbak menghiasi taman. Kumbang-kumbang atau rama-rama akan mendekati dan bertahta di kelopaknya, begitulah ia digilai dan cintai TETAPI apakah disebalik puisi Tiba-tiba Kau Datang dan Pergi:

Kau datang ke kamarku
dengan sejambak mawar
dan membenarkan aku
menciumnya dari tanganmu
betapa harum dan lembut




Gembira kau pun bermohon diri
dan pergi tanpa ketahui
yang duri-duri dari mawarmu
telah menikam bibirku
(Di Sini Tiada Perhentian: 9)

Apakah perempuan yang menerima mawar itu sedar bahawa suatu masa nanti mawar itu pula akan menikamnya?

Apakah mawar itu sedar akan tujuan keberadaannya dan membentengi diri dengan duri di sebalik keharumannya?

Apakah lelaki itu dayus sehingga meninggalkan diri tanpa pesan?

Hanya MEREKA yang sanggup mengatasi rintangan duri itulah yang mampu menikmati keindahannya dan kebahagiaannya.

Apakah erti-erti ini menggambarkan yang SEBENARNYA:

  • Mawar merah adalah media untuk menyatakan perasaan cinta kepada pasangan Hal ini kerana merah merupakan lambang dari kecantikan dan ghairah cinta yang bererti cinta yang mendalam. Selain itu, mawar merah juga melambangkan penghargaan dan keberanian.

  • Mawar putih melambangkan kemurnian, kesucian dan kerendahan hati. Lambang tersebut diertikan sebagai cinta yang suci dan meneduhkan, bukan cinta berlandas hawa nafsu.

  • Mawar kuning diidentitikan dengan keakraban, persahabatan, kesederhanaan, kesenangan dan kegembiraan.

  • Mawar merah muda menunjukan kebahagiaan. Mawar ini diberikan sebagai ucapan terima kasih atau syukur dan juga sebagai simbol kekaguman atau simpati kepada seseorang yang dituju.

Thursday, March 17, 2011

KeRinDUaN

Kerinduan tanpa batas menghantui hari-hariku menembus

alam dimensi fikiran ku…….
Kerinduan tanpa batas membawaku jatuh ke garis titik nadi
kehidupan ini….

Sepatah kata rindu yang terucap dari suara hati ku terbawa oleh angin malam dalam mimpi indah mu…..


Semakin berulang kali kata rindu terucap dalam benak ku,
semakin aku terbangun memikirkan mu….
Rasa rindu ini berkecamuk dalam sanubari ini membuat raga ini tak berdaya melawan bayang – bayang wajah mu yang selalu mengikuti ku….



Semakin hari rasa kerinduan ini merusak sayap-sayap patahku, 
Semakin aku terbang jauh ke langit ketujuh lalu jatuh terhempas kehadapanmu…


Sebuah kata rindu yang tidak dapat dilukiskan oleh seribu bait-bait syair seorang pujangga tanpa nama….
sebuah kata rindu yang tidak dapat diukir oleh seribu pahatan seorang seniman tanpa nama……………
biarlah senandung kisah rindu ini menemani khayalan ku…..
saat aku berbicara pada dinding – dinding kamar menyebut nama mu selalu…….

Wednesday, March 16, 2011

AwaK !!!!!!

awk,,,
dah lame kn kita x berhubung
sy xtau pe lg nk kata slps smua ni berlaku
ati sy dh give up lh awk
tapi sy sunyi tau...
sunyi tanpanye......
awk
awk xtau x????
sy dh penat utk smua ni..
sy juz nk follow jer
follow pe y akn tjadi

awk
awk maafkan sy
andai sy buat awk xsenang dduk k
bkn itu niat sy,,
sy juz nk ruang
dan sy nk bg awk ruang gak....
ruang mengenali sape dirimu & diriku
awk 
maafkan sy k..
sy xberniat pon utk smua ni
tp keadaan y mguatkan sy utk lakukan smua ni
pada awk...

awk
dgn masa n ruang 
yg sy kaci pada awk
sy hrp awk pndai mggunakan ia
dgn sbaikkanye ye awk
masa utk berfikir 
awk 
andai ia smua salah sy
maafkan sy k..
klu itu salah n silap awk  
sy dh pon maafkan,,
mencapai impian  xsemudah mimpi
awk 
sy dh mls nk gduh2 ttg hal ini
penat, letih, malas....
smuanya ad dlm dri sy skrg tau
ati sy mcm dh mati utk bfkr ttg ni....

awk 
psti awk  tau pe y sy mahukan ,right!!
tapi klu awk rse prlu awk lakukan something
awk lakukan lh
andai awk xnk lakukan pe2 pon
sy xkisah lah awk
hati perlu dijaga & dibelai
awk 
sy dh penat utk layan smua ni
awk tau pe y sy inginkna dr awk skrg kn
awk tau pe y sy mahukan skrg
awk pasti mgerti akan ati sy skrg kn
so awk pasti tau pe y awk perlu  lakukan

awk
maafkan sy k 
andai smua ni brlaku ats slh sy
andai sy mulakan ia
andai sy sakitkan ati awk
andai sy prgi ,usah susah ati tau
awk kne jga diri awk skrg

awk
andai sy kacau hidup awk
maafkanlh sy
sy xberniat utk lakukannye pada awk

maafkanlah daku....smoga bhagia !!!!!

Tuesday, March 15, 2011

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita
.
1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
~(@_@)anda cinta itu milik ku,,rapatlah ia dengan ati ku,
andai ia bukan milikku,KAu jauhkan ia dengan sebaik2 perpisahan

Saturday, March 12, 2011

cinta..satu perasaan yg susah digambarkn dengan kata-kata... sesuatu perasaan yg murni lg ikhlas.. yg bukannya perlu dipinta utk disayangi..tp perasaan itu timbul dengan sendirinya..;)



cinta itu boelh diumpamakan bagai makan sambal belacan, walau pedas hingga mengalir air mata, masih mahu dimakan jua..


namun cinta itu tak semestinya kita akan sentiasa dengan senyuman..kdg2 kita akan hadapi dengan tangisan...

Thursday, March 10, 2011

ke mana egkau ???

awk perge mana????




awak
hari sy sgat perlukan awak datang ..
sy btl2 perlukan awk,,,,,
knp awk tgalkan sya disaat mmerlukan awk..
knp awk pergi disaat sy mncintai awkkk.........
awk dh benci sy ker?
sy ad buat slah kat awk er?
knp awk snyap....?
awk............
awk............
awk..........jwb soalan sy..knp???

awk,....
dihatiku ni sunyi
sunyi sgat2 tau..
dijiwaki ni hampa..
sgat2 hampa tanpa awk...
awk hidupku ni mcm kosong..
kosong bgat mcm dh xde pe2...

awk tahulah bhawa..
tnpa awk ,sy sepi
tanpa awak sy sunyi

awk jiwa saya..hidup saya...
hati saya,,,,,,
awk nafas saya..darah saya tau,,,,,,,
awk gak nadi saya,,

awk ,,,
saya amat perlukan awk,,,
datang & temu lah saya dicini
saya tgu awk datang pd saya 

Wednesday, March 9, 2011

kerna sepesalinan

pe y dmaksudkan persahabatan y sbnar?????? adakah skadar berkawan,bila abs time or event ttentu abs ikatan pshbatan tu??????? knapa krn hal kecil boleh dpbesarkan...knp msing2 xbpuas ati..ketidakpuasan ati y boleh mruntuhkan tiang prsabahatan y telah tjalin sekian lame......mgkin psengketaan ni dsbabkan ad org y xmluahkan pe y mrk suka n xsuka,,,,tapi perlu ke andai suara or pdpatan kita xdpndang or xddengari .kita still nk luahkan,,,bukan mcm org bdoh jer...xde guna luah kn pe2 klu xdiambil serius olh org y mdgri nye kn,,,klu xluahkan perasaan kata xde kyakinan ,,bila diluahkan kata baikot,,,,so pe y sbnrnya y perlu dilakukan er???? buntu,,,,buntu..buntu....ketidakfahaman ni mrosakkan persahabatan n mmencahbelahkan kpd bbrp grp kn,,,
pbincangan y xbwe kpd kbaikkan xde guna nk dilakukan ,,tp sbaliknye byk titisan air mata y jtuh krna ia...krn sdikit ketidakfahaman antra mrka...masing2 nk kata mrk betul,,dah sape y salah,,,???hantu2 ker y salah??? bila org lain msuk tngan nk settle kn hal ni ,diorg kata pyibuk lah,,tp klu xmsuk tngan smpai kapan pon xselasai kn,,,btl x,,,,,diorg pndai ckp hal ni diorg leh settle tp settle pe bendanye,,,msing2 tarik muka ad lh,,,eeeemmmmm sedip tgk keadaan jd mcm ni.....ad y nk tnjuk pndai,ad y nk tnjuk dia panas baran,ad y nk tnjuk dia baik..enth lh labi,,,labu xtau pe lagi nk dprkatakan ag...so pndai2 korang,,korang dh besar pnjang dh,,,so ambk y baik2 jer k...y buruk jdkn smpadan,,
Hikmah Melihat Muka Orang Yang Kita Sayang Sedang Tidur....
melihat orang yang kita sayang pada saat dia tidur... .. Renungkan/lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka... ..Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur.

Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang. Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur.Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.

Go to fullsize imagePerhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah. ... Lihatlah ibu anda... . Hmm... kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai..sayangi itu... Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya...
 Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.

Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya. Tanpa kata, tanpa suara dia berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini". Dan penyebab lelah dan penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah Tak lain adalah KITA... ..

Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, adik, anak, dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.
 Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ... "

Sunday, March 6, 2011

Love is a special feeling given to humans. Love turned the soul. Love makes a person happy and miserable at the same time. Anybody who understand love will be the love’s master, not his servant.Hopefully we better recognize the love and master it, not mastered.