SOLEKAN SENSUAL
Benar cinta itu harus selalu dirai. Biar tiada hari yang khusus, apa salahnya setiap hari diabdi sebagai bualan cinta yang rasmi? Kirimkan isyarat cinta menerusi solekan lembut yang romantik, pupuk rona-rona sensual… Mint, biru muda dan merah jambu yang sentiasa berkesan mencipta bias wajah yang cantik. Temui si dia dengan asmara, seperti saat pertama ribumu berdenyut di dada.
Bagi menyerlahkan wajah yang romantik, kulit yang dewy dengan kemasan licin secara semulajadi amat penting. Tidak perlu bersolek tebal untuk acara makan malam, itu pasti membuatkan pasangan tidak tertarik dengan penampilan anda. Memadai dengan selayang bedak debu, mata yang dirias indah dan pengilat bibir, wajah anda pasti berseri di bawah remang cahaya lilin. 10 idea untuk ‘Smoochable Look’
1. Samarkan lingkaran gelap di bawah mata dengan memupuk sedikit concealer secara tipis dan adun sekata.
2. Lupakan solekan tebal. Kulit yang dilitupi bedak asas memang tampak flawless dari jauh. Tapi bila dilihat dari dekat, khuatir wujud retak-retak di penjuru mata dan bibir. Sapuan bedak translucent lebih disarankan.
3. Kuasa mata untuk berbicara. Kenakan kanta lekap berwarna. Pasangan pasti terpikat, ditambah dengan tatarias seperti pembayang matte untuk janji temu siang atau smokey untuk acara malam. Pastikan bawah tulang kening juga dipupuk pembayang rona cerah seperti krim, lemon atau pic muda.
4. Lukis garisan nipis untuk kesan rapi. Kali ini tinggalkan gaya solekan mata persis Arabic. Hanya garis nipis di atas dan di bawah bulu mata anda.
5. Bentuk kontur mata yang dalam. Cipta ilusi ini dengan berus, hanya layangkan pembayang nuansataupe atau amethyst di penjuru dalam mata (berdekatan hidung) dari dalam ke luar, mengikut lengkung semulajadi mata.
6. Lentikkan bulu mata dengan alat pelentik untuk sepasang mata yang besar dan menggoda. Teknik menghangatkan alat pelentik dengan hair-dryer juga boleh mengekalkan lentikan.
7. Sapu maskara hitam dengan tebal. Pastikan sapuan pertama kering dan sikat sisa gumpalan yang tertinggal. Kemudian sapu maskara sekali lagi sehingga ia kelihatan tebal.
8. Dapatkan pipi yang gebu dengan pemerah rona merah jambu yang sepadan rona kulit. Oleskan di kawasan pipi yang tertinggi.
9. Percikkan shimmer. Untuk menegaskan tulang pipi anda, percikkan sedikit serbuk atau cecair shimmerdengan gerakan ke atas dan ke bawah.
10. Oles pengilat bibir. Memadai dengan gincu pengilat bibir nuansa lembut seperti baby pink, clear berryatau aprikot. Pastikan ia disimpan dalam tas tangan untuk sentuhan semula.