SEJARAH LALU....>>>
Menyoroti sejarah, Nabi MUhammad SAW biasa memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli. Gansum sempurna (whole grain wheat) mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum yang telah diproses kerana ia mengandungi kadar protien, serat dan vitamin E yang tinggi. Kajian sains semasa membuktikan bahawa mereka yamg memakan roti yang diperbuat dari gandum asli mempunyai risiko yang rendah untuk mendapatpenyakit jantung kerana vitamin E yang terkandung didalamnye menyebabkan hati akan mengeluarkan kadar kolesterol yang rendah.
![]() |
roti/ gandum (biji-bijian sempurna) |
Mengikut riwayat oleh BUkhati dan Muslim, Aisyah berkata, "Keluarga nabi tidak pernah kenyang dengan memakan roti gandum 2 hari berturut-turut dan (pada hari mereka tidak memperoleh roti) mereka memakan tamar." Pemakanan berasaskan biji-bijian sempurna sememangnye berkhasiat kerana ia amat penting bagi kesihatan jantung di samping berkhasiat untuk mengawal penyakit kencing manis dan kegemukan melampau (OBESITI) serta juga mampu mencegah kanser.
Kajian yang dibentangkan di INternational Conference on Food, Nutrition and Cancer, biji-bijian sempurna asalah kaya dengan bahan phytonutrients. Phytonutrients adalah sejenis antioksidan yang tinggi dan mampu meningkatkan sistem pertahanan badan dan mampu mencegah kanser. Di samping itu, 1 kajian yang telah dijalankan oleh Havard School ofPUblic Health dari tahun 1984 hingga 1996 ke atas 74 000 orang wanita menunjukkan bahawa wanita yang mengambil biji-bijian sempurna dalam diet mereka secara berterusan mempunyai berat badab yang rendah berbanding mereka yang tidak mengambil biji-bijian sempurna. Oleh itu, bagi mereka yang ingin mengekalkan berat badan yang suhat dinasihatkanoleh pakar pemakanan agar mengambil makanan yang berasaskan biji-bijian yang sempurna. Dalam kehidupan Nabi ,buah tamar juga memang tidak dapat dipisahkan lagi.Buah tamar juga dianggap sebagai makanan yang sempurna kerna is mempunyai pelbagai khasiat yang diperlukan untuk kesihatan manusia. KAndungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan beberapa zat lain yang terkandung dalam buah tamar menyebabkan ia amat berkhasiat dan menjadi hidangan penting bagi Nabi dan keluarga.
![]() |
buah tamar atau dikenali kurma. |
Roti gandum mengandungi karbohidrat iaitu setiap individu memerlukan 50 hingga 60 peratus karbohidrat setiap hari untuk membekalkan tenaga dan juga mempunyai zat-zat logam yang lain,vitamin dan serat untuk kepentingan kesihatan manusia. Manakala buah tamar pula mempunyai unsur-unsur seperti karbohidrat,serat, lemak serta zat logan yang lain untuk melengkapi lagi hidangan tersebut.
No comments:
Post a Comment